Background Image

Oct 02

Usahawan Berpendidikan Tinggi, Pemimpin Usahawan Berilmu


PENTINGNYA PENDIDIKAN KEPADA USAHAWANAN DI ERA KINI: MENJADI GENERASI PEMIMPIN PERNIAGAAN MASA DEPAN PENTINGNYA MEMPUNAI PENDIDIKAN KEPADA USAHAWANAN DI ZAMAN INI: MEMBENTUK GENERASI USAHAWAN BERPENDIDIKAN PEMIMPIN PERNIAGAAN MASA DEPAN

Dalam era globalisasi dan pesatnya perkembangan teknologi, usahawan berpendidikan tinggi semakin diakui serta dihormati, disegani dan berperanan sebagai landasan penting dalam pembangunan ekonomi negara.

Di tengah-tengah landskap perniagaan yang berubah dengan cepat, penting bagi usahawan untuk memberikan penekanan yang lebih besar kepada pendidikan tinggi diperingkat Ijazah, Sarjana mahupun PhD.

Artikel ini akan meneliti kepentingan pendidikan tinggi kepada usahawanan dalam membentuk generasi pemimpin perniagaan masa depan, dihormati dan disegani.

Pendidikan juga merupakan satu jambatan kepada kemajuan sesebuah negara. Semakin tinggi ilmu pendidikan seseorang usahawan itu maka seseorang itu lebih berpeluang untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan yang lebih baik dan dapat penghormatan dimata masyarakat. Melalui pendidikan corak hidup lebih memberi keyakinan kepada usahawan menghadapi cabaran dalam dunia keusahawanan. 

Pentingnya Pendidikan tinggi Kepada usahawanan Di era ini: Membentuk Generasi Pemimpin Perniagaan Masa Depan Asas Pendidikan Tinggi Sejak Awal

Usahawan berpendidikan tinggi memainkan peranan penting dalam mempersiapkan usahawan untuk menghadapi cabaran dalam dunia perniagaan yang sentiasa mementingkan latarbelakang pendidikan seseorang usahawan. 

Memperkenalkan konsep peluang melanjutkan pendidikan peringkat Ijazah melalui kemasukan minima sekurang-kurangnya menduduki peperiksaan SPM serta melalui pengalaman kerja atau berniaga dan berumur 21 tahun dan keatas dan untuk melanjutkan pengajian keperingkat Sarjana (Master) minimum memiliki sijil STPM, Diploma atau setaraf dan berumur 21 tahun keatas bagi melahirkan usahawan yang berpendidikan tinggi dan berilmu bagi membantu usahawan memahami cabaran perniagaan, memupuk kreativiti, dan mengasah kemahiran berfikir kritis serta penyelesaian masalah persaingan perniagaan terutama dengan usahawan yang berpendidikan tinggi yang lebih diyakini dan dipercayai oleh masyarakat.

Mengajar Nilai-nilai Keusahawanan

Usahawan berpendidikan tinggi menerap nilai-nilai seperti daya usaha, ketabahan, dan tanggungjawab.

 

Melalui pengalaman praktikal dalam mencipta, mengurus, dan mempromosikan perniagaan,usahawan dapat memahami pengorbanan dan cabaran yang terlibat dalam proses keusahawanan.

Membangunkan Pemikiran Inovatif

Lebih penting lagi, usahawan berpendidikan membantu melahirkan generasi pemimpin perniagaan yang inovatif dan berdaya saing.

Dengan mendorong pemikiran kreatif dan inovatif, usahawan didorong untuk mencari penyelesaian baru untuk masalah yang dihadapi dalam masyarakat.

Pentingnya Usahawanan Berpendidikan Tinggi Dalam Konteks Ekonomi

Dalam konteks ekonomi yang sentiasa berubah, keusahawanan memainkan peranan penting dalam mendorong pertumbuhan dan inovasi. 

Oleh itu, penting bagi usahawan berpendidikan untuk menekankan pentingnya pembangunan keusahawanan yang berilmu serta berpendidikan tinggi.

Rebut peluang tingkat kelayakan akademik melalui pengalaman kerja atau pengalaman berniaga APEL

Usahawan di negara ini yang tidak mempunyai kelayakan akademik konvensional disaran merebut peluang keemasan untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi menerusi laluan Akreditasi Pembelajaran Pengalaman Terdahulu (APEL).

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Prof Datuk Mohammad Shatar Sabran, ada berkata inisiatif yang disediakan pihaknya itu memberikan pilihan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kelayakan akademik individu.

"Calon hanya perlu memohon menggunakan pengalaman lampau untuk memohon menggunakan laluan APEL sama ada APEL.A (akses ke institusi pengajian tinggi) atau APEL.C (anugerah kredit berdasarkan pengalaman terkumpul untuk mendapatkan pemindahan kredit untuk kursus dalam program).

Untuk usahawan yang berminat memilik pendidikan tinggi dan seterusnya berminat untuk keterangan lanjut layari www.eduexperts.likasbiz.com


 
Add Comment:
Please login or register to add your comment or get notified when a comment is added.