Background Image

Jan 01

KEPENTINGAN PELAJARAN SELEPAS TAMAT SPM


 
Masyarakat yang tidak berpendidikan dan menguasai ilmu atau kecekapan yang penting, paa suatu masa akan dijajah orang lain. Jelas bahawa pendidikan menjadi penyuluh hidup dalam semua aspek; sama ada dalam kehidupan individu atau kehiupan keluarga. Kini dalam industri pasaran kerja sama ada kerajaan ataupun swasta, majikan amat mementingkan taraf pendidikan, ilmu pengetahuan dalam kalangan pekerja atau bakal pekerja mereka. Itu sebabnya kerajaan menyarankan agar masyarakat mementingkan pendidikan dan menyeru rakyat agar menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Antara inisiatif kerajaan termasuklah menangguhkan pembayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk mereka yang bergaji kurang daripada RM4000. Selain itu, kerajaan juga menyediakan pelbagai biasiswa untuk pelajar-pelajar yang cemerlang dan juga golongan yang berpendapatan rendah supaya diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke institut-institut pengajian tinggi awam ataupun swasta Malaysia. Sememangnya, banyak faedah yang boleh kita perolehi apabila melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Persoalannya apakah faedah-faedahnya ?

 

>

"Masyarakat yang mempunyai pendidikan tinggi telah diakui sebagai komponen penting dalam pertumbuhan ekonomi kontemporari."

Pepatah melayu ada mengatakan dengan siapa kita berkawan, maka ianya akan mempengaruhi siapa kita dimasa hadapan. Maksdunya kita sebagai manusia senang dipengaruhi oleh orang-orang di sekeliling kita; kita haruslah bijak memilih dengan siapa kita berkawan dan suasana di sekeliling kita untuk menyemai sikap-sikap positif dalam diri kita. Dengan melanjutkan pengajian di universiti, kita akan menemui ramai yang bijak pandai, rajin, inovatif dan kreatif. Secara tidak langsung, kita akan mencontohi sikap mereka ini. Nilai-nilai sikap tersebut banyak mempengaruhi dalam kehidupan seharian kita dan membentuk perjalanan masa  depan kita.
Pelajar yang mempunyai pendidikan tinggi telah diakui sebagai komponen penting dalam pertumbuhan ekonomi kontemporari. Ini adalah berikutan kemajuan pesat teknologi dan peningkatan persaingan akibat globalisasi yang membawa perubahan besar kepada pasaran buruh  dan peningkatan pesat terhadap permintaan pengajian tinggi. Jika dahulu dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sudah menjadi sijil tertinggi, tapi hari ini paling kurang mestilah memiliki diploma atau ijazah sarjana muda paling kurang. Barangkali kerana peningkatan taraf hidup semakin moden telah membawa kepada penerimaan tahap pendidikan hari ini.
Sehingga hari ini, pendidikan berkembangan dan lebih sebati dengan kehidupan manusia lantaranya ianya lebih bersistematik, teratur dan tersusun dalam silibus tertentu. Sehinggakan wujudnya 'sektor' dan 'bidang' dalam aliran pendidikan. Pendidikan bukan sahaja penting, tapi ianya semustahak nadi bagi yang masih hidup. Bagi manusia yang berakal dan cuba memanafaatkan hidup, maka sudah tentu ilmu dan pendidikan digunakan dengan cara terbaik. Lebih bagus, jika tawaran serta kemudahan pelajaran yang tersedia dan terbentang ini tidak disia-siakan. Ingat tidak semua negara dan manusia berpeluang merasa pendidikan. 
 
 

 


 
Add Comment:
Please login or register to add your comment or get notified when a comment is added.