

.jpeg)
Sudah semestinya tidak dapat dinafikan, ramai daripada pelajar ingin menyambung pelajaran selepas SPM. Tetapi ramai daripada lepasan SPM masih tidak pasti hala tuju dan proses untuk menyambung pelajaran. Ada yang hanya tahu mereka ingin jejakkan kaki ke menara gading sahaja tapi selebihnya masih kabur. Jika anda sedang mencari maklumat yang boleh membantu anda untuk sambung belajar, anda telah tiba di destinasi yang tepat!
Teruskan membaca untuk tahu dengan lebih lanjut pilihan lepas SPM dan tips sebelum anda sambung belajar!
Sambung Belajar Selepas SPM ?
Selepas SPM, apa yang anda ingin lakukan ?
Ada dua pilihan yang anda boleh ambil:
1. Meneruskan pengajian ke peringkat pengajian tinggi - Foundation (Asasi) / Diploma.
2. Berehat sebentar untuk fokus semula (gap year)
Tiada jalan yang betul atau salah. Anda hanya perlu pilihan laluan yang sesuai untuk anda.
Jika anda tidak mahu meneruskan menyambung belajar dan perlu berehat sebentar untuk mencari semula fokus anda, anda tidak perlu rasa malu atau takut. Bertentangan dengan kepercayaan masyarakat kita, berehat tidak bererti anda malas. Anda boleh gunakan gap year anda untuk menyiapkan fizikal dan mental anda untuk meneruskan pengajian ke peringkat seterusnya.
Jika anda mahu terus menyambung pelajaran selepas SPM, proses yang biasa dilalui adalah:
1. Memilih kursus atau program yang anda ingin belajar
2. Memilih institut pengajian yang tinggi menawarkan kursus yang anda inginkan
Memilih kursus yang anda inginkan boleh menjadi satu cabaran.
Ramai pelajar yang risau mereka tersalah pilih kursus dan ada yang langsung tiada idea apa yang mereka ingin lakukan.
Secara dasarnya, tanya 3 soalan ini untuk membantu anda membuat pilihan yang betul.
1. Apa yang anda minat ?
2. Apakah kemahiran anda ?
3. Berapakah bajet anda ?
Pilihan Untuk Anda Sambung Belajar ?
Selepas anda tahu sudah ada pilihan kursus apa yang anda inginkan, langkah seterusnya adalah untuk memilih institut pengajian tinggi untuk meneruskan pengajian anda.
1. Universiti Awam (UA)
Yuran pengajian Universiti Awam sememangnya lebih murah berbanding Universiti Swasta tetapi kemasukannya sangat kompetitif melalui sistem UPU. Pangambilan terhad di setiapa Universiti Awam dan anda tidak boleh memilih program yang anda minat anda cuma boleh cadangkan 3 pilihan program yang anda minat. Paling penting keputusan SPM anda mestilah cemerlang, ini kerana pesaing-pesaing anda sudah tentu juga mempunyai keputusan SPM yang cantik sertai melebihi syarat minimum kemasukan.
2. Universiti Swasta & Kolej Swasta (US)
Jika anda tidak mendapat pilihan melalui UPU, atau anda ingin memilih program yang anda benar-benar minat untuj jadikan kerjaya atau keusahawanan, anda boleh memilih Universiti Swasta.
Yuran pengajian yang lebih sikit sahaja tinggi tetapi kemasukan yang lebih terbuka disebabkan jumlah institut yang lebih banyak berbanding UA, termasuklah kampus universiti luar negara di Malaysia.
3. Politeknik
menawarkan kursus dalam mata pelajaran vokasional dan teknikal.
Terdapat 37 politeknik di Malaysia yang dibahagikan kepada 3 kategori iaitu perdana, percakapan dan metro. Tetapi sama juga anda boleh mencadangkan 3 pilihan program yang anda minat di borang permohonan, tetapi anda tidak boleh memilih program yang anda dikehendaki.
4. Kolej Komuniti
Banyak sekolah di seluruh negara menawarkan kursus sijil dan diploma pendidikan dan latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Jenis IPT ini kebiasannya mempunyai program dua tahun sahaja, menyediakan pelajar untuk ijazah empat tahun atau kemasukan awal ke dalam tenaga kerja. Majoriti pelajar dalam program TVET adalah mereka yang gagal SPM dan diberi peluang kedua dalam bidang kemahiran (TVET).
5. Universiti Luar Negara
Jika anda bercita-cita untuk menyambung pelajaran di luar negara, anda boleh terus memohon selepas tamat SPM.
Laluan pengajian berdasarkan negara yang anda pilih.
Jika anda tidak pasti, anda boleh menghubungi Edu Experts!
5 Perkara Penting Anda Perlu Ketahui Sebelum Sambung Belajar
Sebelum anda sambung belajar, terdapat beberapa perkara yang anda perlu semak dan pertimbangkan.
1. Struktur Program Pengajian
Bukan sahaja IPT, malah setiap program atau kursus mempunyai struktur pengajian yang berbeza.
Jadi anda perlu ambil tahu beberapa perkara:
• Subjek yang akan dipelajar
• Bilangan subjek dalam setiap semester
• Cara penilaian akademik (PNGK/CGPA/Pointer)
• Bentuk peperiksaan dan tugasan
• Tempoh pengajian setiap semester
• Tempoh dan tarikh cuti semesterf
Maklumat-maklumat ini anda boleh dapatkan di laman rasmi IPT yang pilihan anda.
Anda perlu ambil tahu perkara ini supaya anda bersiap untuk menghadapinya dan tidak terkejut apabila anda memasuki alam universiti nanti.
2. Aktiviti Kokurikulum
Setiap universiti di Malaysia mewajibkan pelajarnya untuk menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti kokurikulum.
Anda perlu menyertainya jika anda ingin penganugerahan tamat pengajian kerana terdapat markah penilaian yang termasuk dalam keputusan akademik anda.
Tetapi jangan risau kerana aktiviti kokurikulum di IPT adalah lebih rencam dan menarik daripada di sekolah.
3. Pembiayaan
Terdapat pelbagai jenis pembiayaan yang anda boleh dapatkan untuk melanjutkan pelajaran, sama ada pinjaman mahupun biasiswa.
Antara perkara yang anda perlu ambil tahu untuk memohon pembiayaan adalah:
• Jumlah pembiayaan
• Syarat kelayakan
• Tarikh permohonan
• Tarikh wang dikreditkan ke akaun
Anda juga boleh mendapatkan bantuan kewangan daripada pelbagai sumber bagi menampung pembiayaan sebelum menerima biasiswa/pinjaman.
Antaranya adalah:
• Pusat zakat negeri bagi yang muslim
• Pejabat kerajaan negeri
• Wakil rakyat setempat
• Wang pendahuluan PTPTN
• Wang zakat IPT (jika sudah mendaftar masuk)
4. Persekitaran dan Kemudahan IPT
Mungkin nampak remeh tetapi persekitaran dan kemudahan IPT boleh mempengaruhi mood belajar anda.
Jadi, pastikan anda tahu beberapa perkara ini:
• Kemudahan pengangkutan
• Kos perjalanan
• Kemudahan perbankan di kawasan sekitar dan dalam IPT
• Kafeteria, gerai makan dan sebagainya
• Tempat menarik yang boleh diterokai
• Tempat yang mungkin boleh berlaku kes jenayah
5. Kesediaan Mental dan Fizikal
Yang terakhir sekali adalah ketahanan mental dan fizikal.
Anda kena pastikan anda sudah bersedia secara mental kerana anda akan mengalami situasi baharu dan jumpa orang baharu.
Pengajian anda juga mungkin akan jauh berbeza daripada apa yang anda belajar di sekolah jadi anda perlu bersedia untuk menyahut cabaran itu.
Kesediaan fizikal juga sama pentingnya terutamanya pada awal-awal masuk kerana sesetengah IPT berkawasan luas dan memerlukan anda berjalan jauh.
Sambung Belajar Ke Luar Negara Dengan Bantuan Edu Experts!
Jika anda teringin menyambung pelajaran ke luar negara, anda boleh menghubungi Edu Experts.
Edu Experts telah 25 tahun dalam industri pendidikan, Edu Experts akan membantu anda anda sepertimana Edu Experts telah membantu lebih daripada 30,000 pelajar untuk melanjutkan pengajian dan mencapai bidang yang menjadi pilihan dan minat pelajar tersebut, melalui sesi kaunseling pendidikan & kerjaya.
Edu Experts iaitu RMECorp Group telah mengadakan Memorandum of Understanding Agreement (MOU) dengan pelbagai universiti luar negara dalam pelbagai bidang termasuklah bidang perubatan.
Edu Experts berpengalaman untuk memberi bimbingan daripada A-Z untuk mencapai kerjaya yang menjadi pilihan anda.
Anda tidak perlu risau kerana kerana persediaan pelajar untuk melanjutkan pengajian ke luar negara akan diberi penerangan oleh kaunselor Edu Experts.
Jadi anda tidaklah terkontang-kanting seorang diri dengan bimbingan Edu Experts.
Edu Experts juga memberikan bantuan dari segi penyediaan sokongan memohon bantuan kewangan, pinjaman dan biasiswa, serta bagi permohonan pengeluaran KWSP ibu bapa.
Namun Edu Experts tidak menawarkan sebarang biasiswa atau pinjaman kerana Edu Experts hanya menguruskan permohonan pelajar.
Perkhidmatan lain yang ditawarkan adalan bimbingan lawatan ibu bapa semasa pemindahan pelajar ke luar negara.
Bukan itu sahaja, mereka memastikan hubungan Edu Experts dengan pelajar kekal erat sepanjang pengajian.
Apa sahaja persoalan yang terlintas dalam fikiran anda tentang melanjutkan pelajaran ke luar negara, anda boleh tanya pada Edu Experts.
Jadi, tunggu apa lagi ?
Hubungi Edu Experts sekarang!
![]() |
![]() |
![]() |
Add Comment:
Please login or register to add your comment or get notified when a comment is added.





